Nadi X Esport: Podcast Episode 5 - Kepentingan Kesihatan Dalam E-Sukan
16 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15/03/2025 bersamaan hari Sabtu, Podcast Episode 5 - Kepentingan Kesihatan dalam e-Sukan di bawah bimbingan Doktor Zatul dan Encik Faizal telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk mengupas isu kesihatan fizikal, mental, dan psikologi yang sering dihadapi oleh pemain e-sukan serta membincangkan langkah-langkah pencegahan dan penjagaan yang boleh diambil bagi memastikan kesejahteraan mereka dalam dunia e-sukan yang kompetitif.
Aktiviti Utama:
- Pengenalan Kepada Kesihatan Dalam E-Sukan
- Isu Kesihatan Fizikal
- Cabaran Kesihatan Mental & Psikologi
- Langkah Pencegahan dan Penjagaan Kesihatan
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami kepentingan menjaga kesihatan dalam dunia e-sukan, mendapatkan ilmu tentang langkah-langkah pencegahan yang praktikal, serta meningkatkan kesedaran mengenai keseimbangan antara prestasi permainan dan kesejahteraan diri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: